Monday, December 1, 2008
MANISNYA IMAN
Hadis ini merupakan asal yang utama dari usul Islam kerana daripada naungannyalah terbias bukti iman yang hakiki. Berkatalah para ulama r.h. makna kemanisan iman ialah merasa lazat ketika melakukan ketaatan kepada Allah samada ketika melakukan suruhannya ataupun ketika meniggalkan larangan-Nya . Justeru seseorang hamba yang beriman sanggup menanggung risiko dan kesulitan dalam menunaikan tuntutan agama serta lebih mengutamakannya dari tuntutan duniawi. Segala yang dilakukan itu dengan rela hati dan hanya mengharapkan redha Allah dan Rasul-Nya.
Berkatalah Qadhi Iyaz : hadis diatas membawa erti sabda Rasulillah S.A.W. yang lain iaitu : Akan merasalah kemanisan iman sesiapa yang meredhai Allah sebagai Tuhan-Nya dan Islam sebagai agamanya dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul-Nya.
Ketahuilah kecintaan kepada Allah direlisasikan dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meniggalkan segala larangan-Nya dan demikinlah jua bukti kecintaan kepada Rasul menuntut reaksi yang demikian. Ini adalah kerana sesiapa yang mentaati Allah maka dia juga mentaati Rasul begitulah sebaliknya kerana ajaran Rasul ialah wahyu samawi dari Ilahi....
Wednesday, November 12, 2008
Modul Nusrah JU Zon Utara Fasa 2 Emerald Putri
LATAR BELAKANG MODUL ( NUSRAH )
i) Masalah
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab j-QAF akan berkesan sekiranya murid-murid dapat menguasai mata pelajaran Jawi dan al-Quran, maka secara tidak langsung mereka dapat mempelajari Bahasa Arab dengan baik dan berkesan.
Permasalahan yang berlaku ialah murid tidak menguasai iaitu kurang berkemampuan untuk membezakan bentuk huruf, kedudukan titik dan perbezaan baris.
ii) Tafsiran tentang masalah yang dihadapi
Semasa minggu transisi tahun 1, murid tidak dapat mengenal huruf, membezakan bentuk huruf, kedudukan titik dan perbezaan baris. Kegagalan murid untuk menguasai huruf-huruf tunggal adalah disebabkan oleh beberapa masalah berikut:
a) Sukatan mata pelajaran Bahasa Arab yang kurang menekankan tentang pengenalan huruf-huruf tunggal.
b) Penekanan adalah tertumpu kepada pengusaan perkataan tanpa mementingkan penguasaan murid terhadap huruf.
c) Masa pengajaran dan pembelajaran yang terhad berbanding sukatan mata pelajaran yang banyak.
d) Persepsi ibubapa dan murid terhadap kepentingan Bahasa Arab.
e) Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran tidak bersesuaian dengan sukatan j-QAF.
iii) Analisis terhadap punca masalah
Setelah dikenalpasti, permasalahan ini berpunca daripada:
a) Murid gagal mengenal huruf tunggal, bersambung dan berbaris.
b) Kaedah mengajar yang diketengahkan oleh para guru kurang bersesuaian iaitu guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan memperkenalkan kalimah sacara terus tanpa memperkenalkan huruf terlebih dahulu kepda murid yang lemah.
c) Kecelaruan penguasaan murid terhadap Jawi dan Iqra’ membuatkan murid bermasalah dalam mempelajari Bahasa Arab.
d) Persepsi atau tanggapan murid bahawa Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang susah dan kurang usaha untuk mempelajarinya dengan lebih bagus.
e) Persekitaran yang kurang membantu dan tidak kondusif untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
f) Kurangnya bahan bantu belajar yang membantu pembelajaran murid.
g) Sikap ibubapa yang kurang menekankan pembelajaran Bahasa Arab lepada anak-anak mereka.
h) Murid mendapat pelbagai tugasan yang kadangkala membebankan murid.
MAKLUMAT BERKAITAN MODUL
1. Tajuk modul
”AN-NUSRAH”
”AN-NUSRAH” dalam bahasa Malaysia bermaksud pertolongan. Nama ”AN-NUSRAH” dipilih kerana bersesuaian dengan matlamat modul yang memfokuskan aspek yang terpenting iaitu penguasaan huruf-huruf hijaiyyah untuk murid-murid yang lemah. Modul ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu mengenal huruf-huruf tunggal, menyebut kalimah dan menggunakan kalimah-kalimah dalam Bahasa Arab.
2. Tujuan
Tujuan utama modul ini dibina adalah untuk memudahkan pembelajaran murid murid yang belum menguasai huruf-huruf hijaiyyah dalam P & P Bahasa Arab
3. Rasional
Modul ini amat praktikal untuk dilaksanakan sewaktu P & P Bahasa Arab dalam usaha membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengenal, menyebut dan membaca.
4. Sasaran
Murid tahun 1 dan kumpulan murid yang belum menguasai huruf-huruf hijaiyyah.
5. Strategi Pelaksanaan / Tindakan
Modul ini dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu:
Fasa pertama
i) mengenal huruf-huruf tunggal ا - ي
ii) mengenal huruf-huruf tunggal berbaris ا - ي
iii) mengenal huruf-huruf bersambung ا - ي
Di peringkat permulaan, fasa pertama ini akan dijalankan pada minggu transisi tahun 1 selama sebulan. Selepas tamat tempoh transisi selama sebulan, tindakan yang dilakukan adalah menjalankan ujian diagnostik bagi mengenal pasti kejayaan murid-murid yang terlibat dalam modul ini.
Setelah murid-murid tersebut dikenalpasti, murid-murid tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mumtaz dan jayyid. Semasa kelas arus perdana, murid mumtaz akan membantu murid jayyid secara berpasangan atau berkumpulan menggunakan modul ”AN-NUSRAH” 15 minit sebelum berakhir masa mata pelajaran Bahasa Arab.
Bagi murid kelas KIA 2M, guru akan mengaplikasikan modul ini 15 minit sebelum berakhir masa Bahasa Arab.
Untuk 2 bulan yang seterusnya, modul ini diteruskan dengan mengambil masa selama 15 minit sebelum berakhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di dalam kelas. Guru akan dibantu oleh dibantu oleh murid-murid yang mumtaz. Selepas tamat tempoh 3 bulan pertama, ujian diagnostik yang kedua dijalankan bagi mengukur tahap kemampuan murid.
Fasa Kedua
Penyebutan kalimah
Murid yang telah melepasi ujian diagnostik pada fasa pertama sebanyak 70% ke atas akan mengikuti fasa yang kedua. Bagi murid yang gagal mencapai 70% ke atas,mereka akan mengikuti fasa pertama sehingga berjaya menguasainya. Fasa kedua ini juga dilaksanakan selama 3 bulan. Murid didedahkan dengan beberapa kalimah yang mudah. Bagi murid yang beum menguasai fasa pertama akan dilanjutkan masa selama sebulan dalam fasa pertama untuk benar-benar menguasai fasa tersebut.
Setelah tamat tempoh 3 bulan fasa kedua, ujian diagnostik dilakukan untuk mengukur tahap penguasaan murid bagi meneruskan fasa yang ketiga
Fasa Ketiga
Penggunaan kalimah
Fasa ini dijalankan selama 3 bulan. Dalam fasa yang ketiga, sebahagian besar daripada murid telah berjaya menguasai huruf-huruf tunggal. Dalam fasa ini murid-murid akan ditekankan penggunaan beberapa kalimah-kalimah yang mudah untuk membentuk ayat. Setelah berakhirnya 3 bulan, ujian dijalankan bagi mengukur tahap pencapaian murid dalam ketiga-tiga fasa.
6. Bahan Bantu Belajar
a) Kad Imbasan Huruf / Perkataan
Memperkenalkan huruf, bentuk dan baris secara umum. Guru akan memperkenalkan huruf dan perkataan melalui nyanyian. Ketiga-tiga fasa ini menggunakan bahan bantu belajar kad imbasan.
b) Gambar
Modul ini juga menggunakan gambar-gambar berdasarkan kalimah-kalimah yang diketengahkan. Gambar-gambar ini adalah berfungsi untuk memberikan kefahaman yang lebih terhadap perkataan yang diajar.Penggunaan gambar juga dapat membantu murid mengingati kalimah dalam tempoh yang lama.
c) Permainan
Modul ini juga mendedahkan murid kepada permainan bagi membantu murid menguasai Bahasa Arab dengan baik.
Fasa Pertama
Permainan boling yang menekankan penguasaan huruf-huruf tunggal.
Kaedah permainan:
Ø
Ø Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Ø Murid diminta membaling bola ke arah pin dan murid menyebut huruf secara berkumpulan.
Ø Setiap pin yang telah dijatuhkan dan beserta jawapan yang betul akan diberikan 2 mata oleh guru.
Ø Kumpulan yang paling tinggi catatan mata dan menjatuhkan pin yang banyak beserta dengan sebutan huruf yang betul akan dikira sebagai pemenang.
Fasa Kedua
Permainan puzzle
Ø Guru menunjukkan kepada murid bentuk kalimah-kalimah yang telah dicantumkan.
Ø Seterusnya,guru menceraikan huruf-huruf tersebut dan meminta murid mencantumkan kembali huruf-huruf untuk membentuk kalimah. Melalui proses ini, murid dapat mengenal huruf-huruf bersambung dan mengenal pasti kedudukan titik pada huruf dalam kalimah.
Fasa Ketiga
Nyanyian
Ø Guru melatih tubi ayat-ayat mudah melalui nyanyian.
Permainan Kincir ilmu
Ø Guru berperanan memperkenalkan perkataan-perkataan melalui permainan kincir ilmu.
Ø Guru memberikan satu perkataan kepada murid, murid
Ø Murid yang dapat memadankan kalimah dengan tepat dan dapat menyanyi dengan betul dikira sebagai pemenang.
7. Kehendak Pembelajaran
1. Murid dapat mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal tanpa baris.
2. Mengenal huruf hijaiyyah bersambung tanpa baris (bersambung di hadapan, di tengah dan di akhir)
3. Mengenal huruf hijaiyyah berbaris
a) Mengenal huruf hijaiyyah tunggal tanpa baris
b) Mengenal huruf hijaiyyah bersambung tanpa baris
· Huruf bersambung di hadapan
· Huruf bersambung di tengah
· Huruf bersambung di akhir
c) Memperkenalkan huruf hijaiyyah berbaris
· Huruf berbaris fathah
· Huruf berbaris kasrah
· Huruf berbaris dhommah
· Huruf berbaris tanwin-fathatan
· Huruf berbaris tanwin-kasratan
· Huruf berbaris tanwin-dhommatan
· Huruf berbaris sukun
· Huruf berbaris syaddah
7. Kriteria Kejayaan
Mumtaz :Murid dapat melepasi ujian diagnostik pada setiap fasa dan mendapat 80 % ke atas setiap kali ujian diagnostik dijalankan.
Jayyid Jiddan :Murid yang dapat melepasi setiap ujian diagnostik dengan memperolehi 60 % - 79% ke atas.
Jayyid :Murid yang dapat melepasi setiap ujian diagnostik dengan memperolehi 50 % - 59% ke atas.
Maqbul : Murid yang dapat melepasi setiap ujian diagnostik dengan memperolehi markah melebihi 40%.
PENILAIAN FASA 2
Nama : ………………………………………………
Tahun : ………………………….
1. ب – ا – ب = ...................
2. ت – ا- ج = ...................
3. ث – و – ب = ...................
4. خ – ش- ب = ...................
5. ج – م- ي-ل = ...................
6. أ – ح-م-ر = ...................
7. ج – و-ر-ب = ...................
8. أ- خ – ض- ر = ..................
9. ج – د-ي-د = ..................
10. ط-و-ي-ل = ................. 100 markah
PENILAIAN FASA 3
Nama : ………………………………………………
Tahun : …………………………
1. ثَوْبٌ جَمِيْلٌ
2. جَوْرَبٌ أَخْضَرٌ
3. حَاسُوْبٌ جَدِيْدٌ
4. خِمَارٌ أَصْفَرٌ
5. زَهْرَةٌ جَمِيْلَةٌ
6. مَسْجِدٌ نَظِيْفٌ
7. نَعْلٌ قَدِيْمَةٌ
8. كَعْكٌ لَذِيْذٌ
9. ظَهْرٌ قَوِيٌّ
10. هَاتِفٌ يَدَوِيٌّ 50 markah
| | |
1. عين
| | |
2. نعل
| | | | |
3. رسالة
| | | |
4. خمار
| | | | |
5. حاسوب
25 markah
1. س + و + د + ا + ء = ...................
2. ظ + ه + ر = ...................
3. ق + و + ي = ……………..
4. ن + ظ + ي + ف = ....................
5. ز + ي+ ل = ....................