Hadith (1) : Dari Umar bin al-Khattab r.a. berkata bersabda Rasulullah S.A.W. " Sesungguhnya segala amalan itu disertakan dengan niat, dan ganjaran bagi setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya dan sebaliknya sesiapa yang berhijrah kerana berkehendakkan habuan dunia atau menikahi seseorang wanita maka hijrahnya itu menuju kearah apa yang diniatkannya "
Para Ulama salaf memulakan nukilan mereka dengan hadith ini . Wallahutaala a'lam mungkin ini memberikan mesej kepada kita supaya menyerahkan segala urusan kepada Allah dan memurnikan niat sebelum sesuatu pekerjaan dilakukan
Siyar A'lam An-Nubala'
Umar bin Al-Khattab :
Beliau adalah khalifah arirasyidun yang kedua ; berketurunan Quraish digelarkan oleh Nabi S.A.W dengan Abi Hafs , hafs dari segi bahasa bermaksud singa . Laqab beliau adalah al-Faruuq kerana sikap beliau yang tegas membezakan antara hak dan batil. Memeluk Islam pada tahun keenam kenabian selepas islamnya 40 orang lelaki dan 11 orang wanita. Maka Allah memuliakan Islam dengannya
Ummahat al-Kutub
Akidah : Al-Milal wa an-Nihal
Ditulis oleh Muhammad bin Abdul Karim As-Shahrastani ( wafat 548 h ) . Kitab yang membahaskan aliran akidah dan pegangan dan mengklasifikasikan manusia berdasarkan pandangan agama dan mazhab-mazhab mereka kepada 2 golongan utama : (1) Golongan yang mempunyai pegangan agama dan akidah. (2) Golongan yang mengikut hawa nafsu dan kepercayaan karut.
No comments:
Post a Comment