Monday, December 1, 2008

MANISNYA IMAN

Anas bin Malik R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tiga sifat yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, sesiapa yang mencintai Allah dan Rasul-Nya mengatasi cintanya kepada yang lain, dan tidaklah ia mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan dia amat benci untuk kembali kepada kekufuran (murtad) sepertimana ia benci dilemparkan didalam api neraka.

Hadis ini merupakan asal yang utama dari usul Islam kerana daripada naungannyalah terbias bukti iman yang hakiki. Berkatalah para ulama r.h. makna kemanisan iman ialah merasa lazat ketika melakukan ketaatan kepada Allah samada ketika melakukan suruhannya ataupun ketika meniggalkan larangan-Nya . Justeru seseorang hamba yang beriman sanggup menanggung risiko dan kesulitan dalam menunaikan tuntutan agama serta lebih mengutamakannya dari tuntutan duniawi. Segala yang dilakukan itu dengan rela hati dan hanya mengharapkan redha Allah dan Rasul-Nya.

Berkatalah Qadhi Iyaz : hadis diatas membawa erti sabda Rasulillah S.A.W. yang lain iaitu : Akan merasalah kemanisan iman sesiapa yang meredhai Allah sebagai Tuhan-Nya dan Islam sebagai agamanya dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul-Nya.

Ketahuilah kecintaan kepada Allah direlisasikan dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meniggalkan segala larangan-Nya dan demikinlah jua bukti kecintaan kepada Rasul menuntut reaksi yang demikian. Ini adalah kerana sesiapa yang mentaati Allah maka dia juga mentaati Rasul begitulah sebaliknya kerana ajaran Rasul ialah wahyu samawi dari Ilahi....

1 comment:

Khairi Jalalluddin said...

Semoga ustaz konsisten menyebarkan maklumat j-QAF dalam blog. Tahniah ustaz